50 Kata Mutiara dalam Islam
001. Imam al-Hasan berkata: “Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” (Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an: 1/367, Al-Qurthubi)
002. Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?” (al-Jami' Li Ahkami al-Quran, Imam Qurthubi)
003. Berkata Imam Malik rahimahullah: “Perdebatan hanyalah akan membawa pada pertikaian dan menghilangkan cahaya ilmu dari dalam hati, serta mengeraskan hati dan melahirkan kedengkian. (Syiar a’lamin Nubala’, 8/ 106)
004. Musim ibn Yasar rahimahullah berkata: “Jauhilah perdebatan, kerana ia adalah saat kebodohan seorang alim, di dalamnya syaitan menginginkan ketergelincirannya.” (Ibnu Baththah, al-Ibanah al-Kubra; Darimi: 404)
005. Ja’far ibn Muhammad rahimahullah berkata: “Jauhilah oleh kalian pertengkaran dalam agama, kerana ia menyibukkan (mengacaukan) hati dan mewariskan kemunafikan.” (Baihaqi dalam Syu’ab: 8249)
006. Imam as-Syafi’i rahimahullah berkata: “Perdebatan dalam agama itu mengeraskan hati dan menanam sifat kedengkian yang mendalam.” (Thobaqat Syafiiyyah 1/7, Siyar 10/28)
007. Ibnu Abdil Bar berkata: “Tidak akan pernah bahagia orang yang suka berdebat. Dan tidaklah engkau menjumpai seseorang yang suka berdebat kecuali di hatinya tersimpan sebuah penyakit.” (Jami al-Bayan al-Ilmi)";
008. Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata: “Cukuplah engkau sebagai orang yang zalim bila engkau selalu berdebat. Dan cukuplah dosamu jika kamu selalu menentang, dan cukuplah dosamu bila kamu selalu bercakap yakni selain daripada berzikir kepada Allah.” (al-Fakihi dalam Akhbar Makkah)
009. Muhammad ibn Ali ibn Husain rahimahullah berkata: “Pertikaian itu menghapuskan agama dan menumbuhkan permusuhan di hati-hati manusia.” (al-Adab al-Syar’iyyah: 1/23)
010. Imam Malik rahimahullah pernah ditanya berkenaan seseorang yang memiliki ilmu sunnah sama ada dia boleh berdebat dalam membela sunnah. Dia menjawab,”Tidak, memadai dengan hanya memberitahu tentang sunnah.” (Tartibul Madarik wa Taqribul Masalik: 1/51; Siyarul A’lam: 8/106; al-Syari’ah: 62-65)
011. Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata: “Sungguh ramai orang telah terfitnah daripada generasi ini dengan penyakit suka berdebat atau berbantah-bantahan. Beranggapan bahawa mereka yang banyak berkomentar dan berdebat dalam masalah agama adalah lebih alim daripada mereka yang tidak banyak berkomentar dan berdebat. Ini tidak benar kerana komentar-komentar generasi tabi’in lebih banyak daripada komentar para sahabat, walhal para sahabat lebih alim daripada tabi’in; dan begitu juga komentar-komentar generasi tabi' at-tabi'in lebih banyak daripada generasi tabi’in, walhal generasi tabi’in lebih alim daripada generasi tabi' at-tabi'in.” (Fadlu Ilmi Salaf)
012. Dalam buku tarikh dikisahkan bahwa ada seorang wa’izh (pemberi nasihat) datang kepada khalifah Harun ar Rasyid. Orang itu berkata dengan cara yang sangat kasar. Maka khalifah Harun ar Rasyid berkata kepadanya: “Ingatlah bahawa aku tidak sejahat fir’aun dan engkau tidak sebaik Musa as. Allah telah memerintahkan Nabi Musa as berdakwah kepada fir’aun dengan cara yang lemah lembut”. Harun ar Rasyid membaca surah Taha ayat 44 (mafhumnya); “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.”
013. Iman yang tidak sempurna tidak akan dapat beramal dengan sempurna. - Maulana Muhammad Saad
014. Allah Swt mudahkan agama untuk kita. Agama itu begitu mudah dan senang diamalkan. Mudah kepada orang-orang yang mempunyai kemuliaan agama dalam hati mereka, kebesaran agama dalam hati mereka, keyakinan terhadap kejayaan melalui agama dalam hati mereka, untuk mereka ini, Allah Swt begitu mudahkan agama. - Bayan Ijtima Malaysia, Maulana Zubair
015. Apabila seseorang menghendaki sesuatu atau sifat-sifat baik wujud pada dirinya, maka dia harus mentablighkan terlebih dahulu kebaikan-kebaikan tersebut dengan sifat-sifatnya. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
016. Untuk taat kepada Allah Swt, zahirnya ada kesusahan dan keletihan, tetapi hakikatnya Allah Swt memberi ketenangan. Sebagaimana orang yang memakan sambal, zahirnya kepedasan, berpeluh, kepanasan, tetapi ingin menambah lagi. Begitu juga ahli dunia melihat ahli da’wah sengsara dalam usaha agama, tetapi mereka sendiri senantiasa bersyukur, Allah Swt beri ketenangan dalam kehidupannya. - Maulana Ismail
017. Da’wah adalah penyelesaian masalah infradi dan ijtimai. Allah Swt telah berfirman, “Siapa yang lebih baik perkataannya (yang lebih baik agamanya) dari orang yang menyeru kepada Allah Swt dan beramal sholeh”. Disini diterangkan bahawa agama terbaik hanya akan terwujud dengan menyatukan da’wah dan ibadah. Ini tidak hanya merupakan pertanyaan tetapi penjelasan dan penegasan bahawa da’wah itulah satu-satunya jalan untuk mendapatkan agama yang baik. - Maulana Muhammad Saad
018. Jika umat berdakwah secara ijtimai, maka agama akan wujud dalam kehidupan umat ini. Jika tidak, umat Islam akan jadi mad’u (objek dakwah), waktu dan harta akan digunakan untuk perkara yang sia-sia. Jika umat terlibat dalam usaha dakwah, maka harta dan waktu akan terpelihara dan akan digunakan untuk hal-hal yang bermanfaat. - Maulana Muhammad Saad
019. Innalladzina Robbunnallah Sumastaqomu.. Kehormatan ayat ini Allah berikan kepada orang yang yakin kepada Allah Swt. Orang yang meyakini semua perkataan Allah Swt ini adalah benar. Orang yang dalam setiap keadaan selalu mendahulukan Allah. Orang yang meyakini bahawa segala sesuatu ini milik Allah dan kerja Allah Swt, semua yang terjadi ini ada dalam genggaman dan kekuasaan Allah Swt. - Maulana Muhammad Saad
020. Yang saya khawatirkan nanti akan terjadi dimana orang itu seperti usaha agama, namun disisi Allah tidak sedang usaha agama. Mengapa bisa begitu ? ini karena maksud usaha agama ini bagaimana diri kita ini sifatnya tambah baik, yakinnya tambah kuat, ketaatannya pada Allah Swt meningkat, kecintaannya kepada sunnah semakin bertambah, sholatnya makin khusyu, ilmunya semakin bertambah, inilah maksud usaha agama. Tapi hari ini orang usaha agama hanya untuk orang lain saja bukan untuk diri sendiri. Inilah yang dimaksud kita disisi manusia terlihat seperti usaha agama tetapi disisi Allah bukan sedang usaha agama. - Syeikh Maulana Ilyas Rah.A
021. Abu Hamid Lafaf rahimahullah berkata: Barangsiapa banyak mengingat mati maka ia akan mendapatkan 3 jenis kemuliaan. 1. Taufiq untuk cepat bertaubat. 2. Sifat qana'ah (merasa puas dengan yang ada dalam segi harta). 3. Ketenangan & kenikmatan dalam beribadah. Dan barangsiapa yang lalai daripada mengingat maut (kematian) maka ia akan ditimpa 3 jenis musibah. 1. Lalai untuk bertaubat. 2. Tidak merasa puas dengan hartanya (selalu merasa kurang walau pun memiliki harta yang banyak) 3. Malas beribadah. (Tanbihul Ghafilin)
022. Di masa ini, nilai kebendaan begitu tinggi kerana adanya usaha terhadap kebendaan yang terus meningkat. Jika Iman manusia ini tidak di usahakan, maka permintaan atau keinginan manusia ke atas hidayah(iman) akan berkurang. Tetapi jika ada usaha atas Iman, maka permintaan atau keinginan manusia terhadap hidayah akan bertambah. - Maulana Muhammad Saad
023. Beruntunglah orang-orang yang mengenal usaha dakwah, lebih beruntung lagi yang istiqamah dalam usaha ini, tetapi yang paling beruntung ialah mereka yang mati di dalam usaha dakwah ini. - Maulana I'namul Hasan rah.a
024. Hadratji Maulana In'amul-Hassan rah.a pernah berkata: Apa itu istikhlas? Satu kerja (sahaja) ialah dakwah yang kita ada. Kita hanya akan melakukan kerja itu sahaja. Kita tidak akan buat kerja lain. Tetapi usaha agama yang lain juga berjalan. Jangan kita memandang ringan akan mereka. Juga jangan kita mengkritik akan mereka yang membuat usaha lain dan jangan kita mencari kelemahan mereka. (Malfuzat Hadratji Maulana In'amul Hassan, hal. 22)
025. Imam Malik rahimahullah berkata: Pembaikan(islah) umat terakhir tidak mungkin tercapai melainkan dengan cara yang digunakan oleh umat permulaan. (Hajjatun Nabi 1/71)
026. Kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan dunia ini akan berakhir (fana) dan tidak kekal seumpama kalaulah dunia ini dipenuhi dengan biji-bijian. Selepas setiap seribu tahun akan datang seekor burung yang bertugas untuk mematuk sebiji daripada bijian itu dan membawanya ke tempat lain, lama kelamaan bijian itu akan kehabisan pada suatu hari. Tapi kehidupan akhirat adalah satu kehidupan yang tiada pengakhirannya. (Imam Ghazali rahimahullah)
027. Pernah satu ketika di Ijtimak Raiwend, Mufti Sahab pernah berkata kepada orang Malaysia dan Indonesia yang bermazhab Syafie: “Hai pengikut-pengikut Syafie! Kamu telah mewajibkan Fatihah dibaca dalam setiap rakaat solat kamu dan dalam Fatihah ada ungkapan Tunjukilah kami Jalan Hidayah! Kalaulah Hidayah kamu telah mewajibkannya bagaimana usaha atas hidayah itu menjadi tidak wajib?” - Mufti Zainal Abidin rah.a
028. Amat senang untuk seorang memasuki syurga iaitu hanyalah melalui dua langkah sahaja. Satu langkah menekan nafsu syahwat dan satu langkah lagi telahpun melangkaui syurga. Mengumpamakan seseorang yang ingin memasuki syurga hanyalah perlu mengekang diri daripada mengikut hawa nafsunya iaitu dengan mengikut segala perintah Allah dan Rasul dan mengelak diri daripada apa yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya. Apabila mati syurga akan menunggunya. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
029. Dua mata kurniaan Allah Swt kepada manusia seolah-olah mata pertama untuk melihat kebaikan yang ada pada orang lain dan satu mata lagi digunakan untuk melihat kelemahan atau keburukan diri sendiri. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
030. Kerja dakwah adalah ibu kepada segala kebaikan. Ibarat seekor burung yang diletakkan di dalam lingkungan seratus cermin. Maka akan tergambarlah seratus ekor burung di dalam cermin tadi. Tapi apabila kita menangkap burung yang asal di tengah, maka dengan sendiri seratus ekor burung yang tampak di dalam cermin akan kita miliki. Begitulah ibarat apabila kita mengambil kerja dakwah, segala sifat mahmudah yang lain akan beransur-ansur datang dalam kehidupan kita. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
031. Usaha agama adalah satu tanggung jawab umat ini. Seorang yang mementingkan hanya pahala daripada usaha agama seumpama seorang yang pergi mendapatkan ubat kepada ibunya yang terlantar sakit dan mengharapkan pahala daripada usahanya untuk mendapatkan ubat itu. Maka sebenarnya dia telah berlaku zalim kepada ibunya. - Maulana Nazir Rahman
032. Da'ie ibarat matahari yang akan menyinarkan cahaya di kawasan mana yang dilaluinya bermula dari timur ke barat. Begitulah seorang da'ie, akan menyinarkan cahaya hidayah kepada setiap orang yang di dakwahkannya. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
033. Keyakinan seorang da'ie hanyalah kepada yang Maha Esa. Umpama seorang yang membawa cermin dan kemudian pergi ke tengah medan yang gelap lalu dilihat di dalam cermin itu bulan yang cantik. Walau bagaimanapun, dia tetap meyakini bulan yang asal adalah di atas. Begitu jugalah seorang da'ie yang mempunyai sepuluh kedai miliknya tetapi keyakinannya tetap kepada yang Maha Esa, yang memberi rezeki hanyalah Allah Swt. - Maulana Umar Palampuri rah.a
034. Seorang yang mengambil habuan daripada agamanya adalah seumpama seorang yang mencuci mukanya dengan kasut. Tidak mustahil mukanya akan bersih tapi perbuatan begitu adalah perbuatan orang yang bodoh. Begitulah ibarat orang agama yang mementingkan habuan dunia yang tidak mustahil bahawa dia akan mendapat habuan dunia dari agamanya tapi perbuatan itu adalah amat dikeji Allah Swt. - Maulana Muhammad Zakariyya rah.a
035. Perbuatan orang ramai yang tidak mahu mengamalkan perintah agama kerana ianya disampaikan oleh orang biasa adalah umpama satu orang yang tidak mahu mendengar perintah raja hanya kerana ianya disampaikan oleh tukang sapu jalanan. - Maulana Muhammad Zakariyya rah.a
036. Seorang yang telah mendapat Nur Iman akan mengenali setiap afrad daripada perintah Allah Swt sepertimana seorang petani yang mengenali setiap jenis daripada tanamannya. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
037. Seorang yang mendakwa mencintai Allah Swt dan tidak menyintai selain Allah adalah seumpama seorang lelaki yang mendakwa menyintai seorang perempuan yang cantik. Perempuan itu berkata, “Benar kamu menyintaiku?” Dijawabnya benar. Perempuan itu berkata lagi, “Cuba lihat di belakangku, saudara perempuanku lebih cantik.” Lelaki itu berpaling darinya. Wanita itu berkata, “Jika benar kamu menyintaiku, kamu sesekali tidak akan berpaling dariku.” Begitulah diri kita yang mendakwa menyintai Allah tetapi sentiasa berpaling kepada makhluk lain setelah diuji-Nya. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
038. Seorang yang menyebut nama Allah hendaklah menggambarkan juga sifat yang lain yang ada pada Allah seperti Rahman, Ghafur, Qodir dan sebagainya sepertimana seorang anak yang menyebut nama ibunya tetapi tergambar segala sifat ibu seperti penyayang, pemaaf dan sebagainya. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
039. Hati yang menerima Agama ini seperti biji benih yang baik, tumbuh dalam tanah sehingga menghasilkan manfaat. Biji benih ini akan tumbuh menjadi pohon dan mengeluarkan buah-buahan yang dapat dinikmati oleh semua orang. Namun hati yang tidak menerima agama adalah seperti biji benih yang baik tetapi ditanam di tanah yang gersang, tidak akan dapat tumbuh dan tidak pula mendatangkan manfaat kepada yang lain. - Tamthil
040. Perubahan berlaku di dalam dunia kerana ada manusia yang sanggup berkorban dengan jiwa dan harta mereka. Seperti seorang yang hanya berniaga susu berskala kecil tetapi kerana ada usaha dan pengorbanan untuk mengeksport ke luar negeri, maka perniagaan susunya menjadi perdagangan antarabangsa. Begitu juga bahasa, seperti bahasa English. Justeru itu, jika ada pengorbanan dan usaha untuk agama, maka ini dapat mengubah keadaan dunia.
041. 4 ujian dalam usaha dakwah: Dimuliakan, Dihinakan, Bertambahnya rezeki, Berkurangnya rezeki. 4 penyakit dalam dakwah: Terlalu bersemangat, Putus asa, Niat tidak betul, Melihat hasil.
042. Hati manusia seperti singgahsana, apa atau siapa sahaja yang berada disana, akan menjadi raja. Semua manusia hakikatnya adalah hamba. Barangsiapa yang tidak mahu menghambakan diri kepada Allah Swt, maka pasti akan menjadi hamba selain Allah Swt. - Tamthil
043. Hati yang tidak ada Iman tidak akan ada Ta'aluq kepada Allah Swt dan Iman tidak akan menjadi baik apabila tidak ada Usaha memperbaiki Iman.
044. Kedudukan Ruh dalam jasad sangat penting. Bila Ruh masuk ke dalam jasad maka jasad bermanfaat. Sebaliknya, apabila Ruh keluar daripada jasad maka jasad akan menjadi bangkai dan hancur. Begitu juga dunia, Ruhnya adalah Agama(Islam). Dunia berserta isinya di ciptakan kerana adanya agama. Apabila tiada lagi orang yang mengucapkan Allah.. Allah, maka Allah Swt akan hancurkan dunia ini. Jadi perkara yang penting di muka bumi ini adalah Agama. - Tamthil
045. Setiap manusia yang inginkan kehidupan tenang, damai dan bahagia perlu mempunyai Iman yang benar. Iman itu ada rasanya, seperti gula yang rasanya manis dan garam rasanya masin. Kalau Iman ini tidak ada rasanya, ini bererti palsu Imannya. - KH. Udzairon
046. Haq dan yang Bathil itu datang dan pergi melalui proses secara bertahap. Jika Dakwah atas yang Haq hilang maka Dakwah atas yang Bathil akan masuk. Dengan Dakwah agama akan wujud dan kemaksiatan akan hilang. Tanpa Dakwah, kemaksiatan yang akan wujud dan agama yang akan hilang. - Maulana Ibrahim
047. Untuk menghitung nikmat Allah Swt secara menyeluruh, maka manusia tidak akan mampu menghitungnya. Apa lagi menghitung nikmat Allah satu persatu. Menghitung nikmat Allah sahaja pun manusia tidak akan mampu, apa lagi membayar nikmat Allah Swt itu. La ilaha ilallah.
048. Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya menjelaskan: “Ayat ini (Surah Thoha:43-44) memiliki pengajaran (‘ibrah) yang agung (sangat bermanfaat), di mana walaupun Fir’aun adalah seorang penguasa yang sangat zalim lagi sombong, dan Musa pula adalah manusia yang dipilih oleh Allah di antara makhluk-Nya pada ketika itu, akan tetapi Allah melarangnya dari berbicara kepada Fir’aun melainkan dengan perkataan yang sopan lagi berlemah-lembut.” (Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, 5/234)
049. Sahabat kehidupannya lapar berhari-hari sehingga perut mereka diikat dengan batu, disiksa, baju bertampal, rumah kecil, tetapi mereka dinyatakan telah berjaya oleh Allah Ta’ala dalam Al Qur’an. Sahabat menerima ancaman oleh musuh, meninggalkan keluarga, harta benda dan perniagaan, semua dilakukan demi kepentingan Agama. Inilah kehidupan orang-orang yang telah Allah Redha dan mereka Redha kepada Allah. - Prof. Salman Khan
050. Allah Swt menciptakan yang besar dan yang kecil dengan cara yang sama, begitu juga dengan surga dan neraka, dunia dan akherat, hanya dengan kata-kata: “Kun” – “Jadilah”, maka langsung terjadi. Perkara besar dan perkara kecil disisi Allah sama saja, diciptakan dengan “Kun” maka langsung jadi. Di hadapan Allah Swt ini seorang Raja dengan seekor nyamuk ini sama saja. Kalau Allah menghendaki bisa saja Raja membunuh nyamuk, jika Allah menghendaki bisa saja nyamuk membunuh raja. Semuanya menurut Kehendak Allah Swt saja. - Syuro KH. Udzairon